Sabtu, 10 November 2018

SUNGGUH RANGUP DI MAKAN



Ia bukan kuih muih, tetapi ia  ikan segar disalai untuk pelanggan tegar ikan tahai. Bukan sahaja dinikmati penduduk kampung, malahan kini industri asas tani kami membolehkan produk ikan tahai salai dinikmati oleh orang yang lebih jauh lagi.

Selain dari ikan salai, ikan tahai diproses untuk membuat keropok, sambal tahai dan dimasak air lebih dikenali sebagai 'dadah' dikalangan penduduk tempatan. Penduduk di Lawas juga percaya dimana ia boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit biasa termasuk  untuk memulihkan kesihatan ibu selepas bersalin, meredakan sakit demam panas dan melegakan sakit badan.

Apabila tiba musim Tahai lazimnya ia dijual dengan harga diantara Rm10.00 sekilogram. Akan tetapi apabila bukan musim ia dijual sehingga mencecah Rm28.00 sekilogram.

sekiranya ingin membuat tempahan, www.wasap.my/60142060405

PENGALAMAN MEMBUAT GRAFIK BERSAMA SARADEC





Pengalaman membuat grafik bersama Saradec membuatkan saya teruja kerana banyak perkara baru yang baru saya pelajari. Pelbagai teknik yang memerlukan aktiviti yang kreaktif. Aktiviti ini telah menghubungkan sel-sel otak saya.

Saya bagaimanapun akan terus menuntut ilmu kerana ilmu yang ada di dunia seluas lautan tetapi saya setakat ini hanya mampu mengusai 1 titis air lautan sahaja.

Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk menuntut bersama Saradec. Terima Kasih Cikgu Khall.