Sabtu, 10 November 2018

SUNGGUH RANGUP DI MAKAN



Ia bukan kuih muih, tetapi ia  ikan segar disalai untuk pelanggan tegar ikan tahai. Bukan sahaja dinikmati penduduk kampung, malahan kini industri asas tani kami membolehkan produk ikan tahai salai dinikmati oleh orang yang lebih jauh lagi.

Selain dari ikan salai, ikan tahai diproses untuk membuat keropok, sambal tahai dan dimasak air lebih dikenali sebagai 'dadah' dikalangan penduduk tempatan. Penduduk di Lawas juga percaya dimana ia boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit biasa termasuk  untuk memulihkan kesihatan ibu selepas bersalin, meredakan sakit demam panas dan melegakan sakit badan.

Apabila tiba musim Tahai lazimnya ia dijual dengan harga diantara Rm10.00 sekilogram. Akan tetapi apabila bukan musim ia dijual sehingga mencecah Rm28.00 sekilogram.

sekiranya ingin membuat tempahan, www.wasap.my/60142060405

0 ulasan:

Catat Ulasan